KETUA KAUNSELOR
Tuan/Puan,
PERISIAN SISTEM PENGURUSAN KAUNSELING
Merujuk kepada perkara di atas.
Kita telah sedia maklum bahawa pihak pentadbiran sekolah bertanggungjawab di dalam memastikan segala urusan dan hal-ehwal sekolah berjalan dengan baik dan lancar. Dalam pada itu, kebanyakkan sekolah sekarang ini sedang berlumba-lumba untuk memperkembangkan keupayaan dan kemudahan ICT mereka bagi meningkatkan produktiviti dan menjimatkan masa bekerja.
Sudah menjadi lumrah di mana setiap kaunselor sekolah dikehendaki untuk mengemaskini data / maklumat sesi kaunseling, borang-borang, L4, buku rekod kaunselor dan banyak lagi untuk disemak oleh pengetua dan PPD setiap bulan. Di samping itu, masih banyak sekolah-sekolah masih mempraktikkan cara manual di dalam penyediaan banyak borang dan rekod-rekod kaunseling yang menghabiskan masa emas kaunselor yang mana boleh digunakan untuk tujuan yang lain.
Oleh itu Pihak Kami dengan rasa berbesar hati ingin memperkenalkan kepada sekolah tuan/puan perisian yang dapat mambantu semua kaunselor dalam melicin dan memudahkan kerja-kerja merekod borang, buku rekod kaunselor dan banyak lagi. Sistem ini yang pertama di Malaysia dapat mengabungkan data SMMV4 dan SSDM(Sistem Displin Murid) dengan stabil dan dapat mengeluarkan 80 laporan dan rekod kaunseling mengikut format yang diberi oleh PPD, JPN dan KPM kurang dari 15 saat. Kesemua format dan laporan dalam sistem ini adalah hasil gabungan idea dan pandangan kaunselor-kaunselor yang berpengalaman.
Disamping itu, sistem ini adalah paling terbaik dan mendapat sambutan serta telah digunakan lebih 500 buah sekolah dibandar ataupun luar bandar sejak 2003. Oleh yang demikian adalah menjadi matlamat kami agar tuan/puan turut serta menerima faedah dari sumber yang berguna. Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai pertanyaan bolehlah hubungi Mohd Iznan bin Azmi di talian 0139666062 untuk keterangan.
Sekian,terima kasih.
Yang benar,
Pengurus Iman Twintec Technology