Antara Komen Pengguna Sistem
Ustaz Ismail Bin Hashim
SM AGAMA SLIM RIVER, PERAK
(YDP MGK Kebangsaan)
Sistem SPK ini sangat bagus dan memudahkan kerja-kerja pengurusan fail. Ia menjimatkan masa kaunselor dalam membuat analisis dan laporan untuk dihantar ke PPD dan JPN. SPK mengandungi semua laporan mengikut format yang dibekalkan oleh KPM untuk kemudahan guru kaunseling. SPK sangat mudah digunakan dan ia berbentuk user friendly. Oleh itu saya sebagai Pengerusi MGK Kebangsaan menyokong sepenuhnya pengunaan sistem ini kepada semua kaunselor sekolah. Saya berharap semua MGK negeri mengambil peluang ini untuk disebarkan kepada semua sekolah di negeri masing-masing.
Tn. Ahmad Jazree
SMK KOTA KULAI, JOHOR
(YDP MGK Johor)
Sistem SPK ini merupakan satu usaha murni yang direalisasikan oleh En. Iznan untuk membantu para kaunselor sekolah dalam menguruskan pelaporan kaunseling dengan lebih sistematik mengikut format ISO negeri Johor. Ia sesuai digunakan kepada semua peringkat sekolah sama ada sekolah menengah dan rendah. Saya sebagai YDP MGK Johor akan menyokong dan membantu memperluaskan perisian ke seluruh negeri Johor.
En Norhisyam Bin Omar
Pegawai JPN Negeri Sembilan
SPK ini sangat berguna untuk semua kaunselor, tidak kira sekolah rendah ataupun menengah, sistem ini terbukti menjimatkan masa kaunselor dalam menguruskan sistem fail yang sangat banyak di sekolah. Ia TERBUKTI dapat mengurangkan BEBAN kaunselor selama ini. Saya sebagai pegawai ni JPN Negeri Sembilan dan juga Ketua Teknikal L4 Kebangsaan menyokong 100% pengunaan SPK di semua sekolah di Malaysia.
Jamiuddin Bin Kassim
SK Paloh Hinai, Pahang
(Guru Cemerlang DG 44 dan DG 48)
Terima Kasih SPK..SPK banyak membantu saya dalam menyelesaikan masalah perlaporan yang begitu banyak dalam menguruskan kerja sebagai Guru Kaunseling di sekolah. SPK juga diikhtiraf oleh nazir ketika saya diselia sebagai Guru Cemerlang Kaunseling DG 44 dan DG 48. SPK adalah sumber utama yang dinilai oleh Nazir negeri dan KPM untuk melayakkan saya mendapat GC Kaunseling. Saya berharap semua sekolah terutama di Pahang mengambil kesempatan untuk mengunakan sepenuhnya SPK untuk permohonan Guru Cemerlang.
Roshaimmi Bin Mohamad
SMK ABD RAHMAN TALIB, PERAK
(Guru Cemerlang DG 44)
SMK ABD RAHMAN TALIB, PERAK
(Guru Cemerlang DG 44)
SPK ini telah digunapakai di semua sekolah menengah di Daerah Hilir Perak dan hampir 75% sekolah rendah di daerah Hilir Perak. Sistem ini banyak membantu Guru B&k dalam mengakses data klien tanpa perlu membelek Buku Register di pejabat. Sistem ini patut dimiliki oleh semua Guru B&K kerana ianya mudah untuk pelaporan harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Syabas dan Tahniah.
En. Mohd Fazlie Bin Ahmad
Mohd Fazlie, Juru Latih Utama eL4 Selangor
En. Muhmad Afian Bin Badarudin
Juru Latih Utama eL4 Negeri Sembilan
En. Azman Bin Khambali
Juru Latih Utama eL4 Negeri Johor
Hjh. Normah Bt Abdullah
SMK ISKANDAR SHAH
Alahmdulillah, akhirnya aku selesai menaip semua data dalam borang L4 untuk dihantar ke KPM. Haah itulah, lain kali tangguh-tangguh lagi masuk data!!!!
Program SPK yang dibuat oleh Iznan memang banyak membantu kerja harianku sebagai Guru Kaunseling. Klik nama klien, dan taip laporan sesi, data dengan sendirinya terkumpul dalam L4. Tak perlu nak taip-taip angka lagi. Tak perlu risau lagi lagi, lelaki ke perempuan ke, melayu ke, cina ke , india ke. Semuanya dengan sendirinya dikira secara otomatik. Kalau nak taip satu-satu persatu angka tu setiap hari, boleh juling gak bijik mata, silap-silap tertukar jantina dengan bangsa lagi. Terima kasih Iznan!!!